Aktiviti – Aktiviti Menarik di Western Australia

Aktiviti - Aktiviti Menarik di Western Australia

Perancangan untuk menjejakkan kaki ke benua Australasia buat kali pertama membawa saya ke wilayah barat negara Australia iaitu Western Australia. Memandangkan wilayah ini amat besar dan tidak termampu untuk saya jejaki setiap tarikan yang, saya hanya meluangkan masa di kota Perth, yang merupakan pusat pentadbiran wilayah Western Australia.

 

Cottesloe Beach

>

Cottesloe Beach merupakan sebuah pantai yang sangat bersih dan menarik untuk aktiviti berkayak, berenang ataupun berkelah. Sistem pengangkutan di Perth yang sistematik memudahkan setiap pengunjung yang ingin melawat pantai ini dengan mudah sekali, sama ada dengan mengambil tren, bas, teksi atau pandu sendiri.

Aktiviti Menarik di Western Australia

Cottesloe Beach

 

Fremantle

Apabila mengunjungi Perth, setiap pelawat perlu meluangkan masa di sekitar Fremantle yang mempunyai beberapa tempat yang menarik untuk dilawati. Antaranya ialah Fremantle Prison, Maritime Museum, Arts Centre, Town Hall dan juga bangunan-bangunan yang mempunyai rekabentuk gaya Victoria. Di Fremantle juga para pengunjung yang ingin membawa pulang buah tangan, bolehlah mendapatkan barang-barang tersebut dengan harga yang agak murah di E-Shed Market. Untuk sampai ke Fremantle, pelawat boleh mengambil bas atau tren dari pusat bandaraya Perth dan kawasan sekitarnya. Selain itu, Fremantle juga mempunyai pelabuhan yang mana pengunjung yang ingin berkunjung ke Rottnest Island, boleh menaiki bot dari pelabuhan ini.

Fremantle Railway Station

Stesen keretapi di Fremantle

roundhouse

Round House, bangunan yang paling lama di Western Australia dan masih kukuh hingga kini (Kredit foto : Wikipedia

E-Shed Markets

E-Shed Market tempat yang seduai untuk mendapatkan harga barangan yang agak murah

 

 

Kings Park

Singgah sebentar di Kings Park untuk menikmati kehijauan alam dan lanskap yang menarik. Taman ini terletak di bahagian barat bandaraya Perth. Sebahagian daripada taman ini merupakan taman botani yang menempatkan kira-kira 2000 spesis tumbuhan yang terdapat di Western Australia. Selain itu juga, beberapa memorial juga telah dibina seperti War Memorial, Edith Cowan Clock, Fraser Avenue, Bali Memorial dan Honour Avenues. 

Swan Valley – Caversham Wildlife Park

Swan Valley, yang terletak tidak jauh dari bandar Perth, menyediakan beberapa tempat menarik yang boleh dilawati. Antaranya Caversham Wildlife Park, ladang-ladang anggur, kilang coklat, pusat pemprosesan buah zaitun, ladang lebah dan kafe-kafe serta restoran-restoran yang menyajikan produk-produk tempatan. Bagi yang bercuti bersama anak-anak kecil atau remaja, Caversham Wildlife Park merupakan taman haiwan yang sangat mengujakan dan menarik perhatian. Pelbagai haiwan tempatan ditempatkan di sini seperti kangaroo, koala, wombat, dingo dan banyak lagi spesis haiwan lain di sini.

perth-077

Kangaroo albino yang jinak

perth-176

Kangaru berkeliaran di kawasan taman haiwan

perth-214

Beberapa spesis burung juga terdapat di Caversham Wildlife Park

perth-228

Koala yang menjadi tarikan utama kepada kanak – kanak

Selain taman haiwan, Swan Valley juga mempunyai beberapa tempat yang sesuai untuk dilawati, terutamanya bagi mereka yang ingin menyampel atau membeli terus produk-produk tempatan seperti nougat, madu asli, coklat, produk dari buah zaitun dan keju. Pengunjung-pengunjung juga boleh melihat bagaimana setiap produk dihasilkan di premis itu sendiri dan tiada bayaran masuk dikenakan untuk setiap premis.

Selain itu, Swan Valley juga mempunyai pemandangan yang menarik seperti di sekitar ladang-ladang anggur dan kawasan padang ragut yang menghijau.

perth-284

perth-290

Daun-daun anggur yang kekuningan dan mulai gugur

 

 

Cervantes – The Pinnacles

Bagi yang ingin meluangkan masa di luar kawasan bandar Perth dan ingin melihat keunikan alam yang ada di Western Australia, Cervantes dan Lancelin merupakan tempat yang terkenal di kalangan pengunjung. Cervantes terkenal dengan The Pinnaclesiaitu sebuah kawasan tandus seperti gurun, dengan pembentukan tiang-tiang batu kapur hasil daripada fenomena alam semulajadi yang agak kompleks. The Pinnacles merupakan sebahagian daripada Nambung National ParkJika bernasib baik, pengunjung berpeluang melihat burung emu, kangaru liar dan haiwan reptilia di kawasan ini.perth-313

perth-314

perth-360 perth-378

Lancelin – Lancelin Sand Dune

Tidak jauh dari The Pinnacles, pengunjung boleh menuju terus ke Lancelin Sand Dune untuk melakukan aktiviti sandboardingiaitu aktiviti meluncur di permukaan pasir. Papan luncur boleh disewa di pekan kecil Lancelin. Aktiviti sandboarding ini bukan sahaja diminati oleh kanak-kanak dan remaja, malah orang dewasa juga turut melakukannya.

 

perth-124

Bersedia untuk melakukan sandboarding.

perth-160

Pasir putih yang membentuk bukit, sesuai untuk aktiviti sandboarding

perth-394

 

Busselton

Busselton merupakan sebuah bandar yang terletak di persisiran pantai, di bahagian tenggara Western Australia, kira-kira 2.5 jam perjalanan dari Perth. Busselton Jetty merupakan ikon utama bandar ini, yang panjangnya kira-kira 1,841 meter, menjadikannya struktur berkayu terpanjang di hemisfera selatan. Di hujung Busselton Jetty, pusat tinjau bawah air telah dibina membolehkan pengunjung melihat terumbu karang tiruan dan hidupan marin di sini. Namum begitu, adalah baik sekiranya pusat tinjau ini dilawati ketika cuaca cerah dan laut tidak bergelora.

perth-419

Busselton Jetty pada hari mendung, hujan dan laut bergelora

 

 

Margaret River

Margaret River pula terletak kira-kira 45 minit perjalanan dari Busselton. Seperti Swan Valley, Margaret River juga menarik untuk dikunjungi sekiranya ingin melihat produk-produk tempatan diproses, termasuklah keju, fudge, coklat dan lain-lain lagi. Secara peribadi, saya lebih menyukai Margaret River kerana produk yang dihasilkan adalah lebih bervariasi. Bukan itu sahaja, setiap premis tidak begitu menyesakkan berbanding Swan Valley. Kilang coklat yang besar, iaitu The Margaret River Chocolate Co., turut menarik perhatian saya. Namun begitu, harga coklat yang dijual agak mahal. Begitu juga dengan produk-produk yang diperbut dari minyak zaitun. Agak rambang mata juga dibuatnya apabila melawati pusat pembuatan produk-produk minyak zaitun.

perth-426

Pelbagai jenis keju yang dihasilkan di Margaret River

perth-432

Coklat-coklat yang nampak menyelerakan

perth-448

Pintu masuk ke pusat pembuatan sabun minyak zaitun

 

Yallingup – Ngilgi Cave

Bagi pengunjung yang inginkan sedikit kelainan untuk meluangkan masa di sekitar Western Australia, bolehlah melawat Ngilgi Cave, yang terletak di Yallingup, tidak jauh dari Margaret River. Pembentukan stalaktit dan stalagmit di gua ini begitu menarik dan terdapat pegawai yang akan menerangkan proses pembentukan gua ini.

perth-449

Plak untuk mengingati penemuan gua oleh Edward Dawson

perth-454

Stalaktit yang terbentuk kesan daripada proses penghakisan

perth-461

Lanskap di dalam gua diserikan lagi dengan lampu-lampu berwarna

 

Sebenarnya banyak lagi tempat menarik dan aktiviti yang boleh dilakukan di Western Australia sekiranya pelawat mempunyai masa 1 minggu atau lebih lama lagi untuk diluangkan di sini. Antara tempat-tempat yang menarik di utara Western Australia seperti Ningaloo Reef, Shark Bay, Monkey Mia, Exmouth, Mandurah, Bunburry dan KununurraHyden di barat, manakala Albany, Denmark, Walpole, Esperance dan Southern Forests di selatan. Setiap

 

Categories
AustraliaBahasa MelayuThings To Do
No Comment

Leave a Reply

*

*


Related Post