Biasiswa Maybank 2016

Biasiswa Maybank 2016; Serlahkan potensi anda sepenuhnya den sertai kumpulan perkhidmatan kewangan yang terkemuka di Asia. Menghubungkan anda dengan masa hadapan seperti yang dirancang dan membantu anda mencapai cita-cita yang diidamkan.

 

Biasiswa Maybank 2016 (Syarat wajib berkhidmat), ciri – ciri

  • Bantuan kewangan penuh untuk pengajian Pra Universiti / Asas sehingga peringkat ijazah di institusi pengajian tempatan atau luar negara (merangkumi yuran tuisyen, kompter riba, penginapan dan elaun sara hidup)
  • Latihan Persediaan Kerjaya (latihan amali, tugasan perniagaan, program pembentangan berimpak dan komunikasi berkesan)
  • Syarat wajib berkhidmat dari 3 hingga 5 tahun (berbeza mengikut skim)

 

Syarat – syarat keperluan bagi Biasiswa Maybank 2016

  • Minimum 6A dalam keputusan SPM 2015 atau yang setaraf
  • Jumlah pendapatan isi rumah tahunan tidak lebih daripada RM150,000
  • Pengalaman kepimpinan dalam aktiviti ko-kurikulum
  • Pemohon mestilah bukan seorang penerima mana-mana biasiswa lain atau bantuan kewangan daripada organisasi atau yayasan lain

 

Bidang Pengajian bagi Biasiswa Maybank 2016

  • Perakaunan
  • Kewangan
  • Pengurusan
  • Pemasaran
  • Teknologi Maklumat (IT)
  • Ekonomi
  • Perbankan
  • Aktuari
  • Matematik
  • Sumber Manusia
  • Psikologi
  • Perniagaan
  • Undang-undang
  • Shariah
  • Statistik
  • Pelaburan
  • Pengurusan Risiko dan kejuruteraan

 

Biasiswa Maybank Scholarship 2016 juga menawarkan tajaan penuh dengan TIADA syarat wajib berkhidmat. Syarat-syarat keperluan adalah seperti berkikut

  • Minimum 6A dalam keputusan SPM 2015 atau yang setaraf
  • Jumlah pendapatan isi rumah tahunan tidak lebih daripada RM40,000
  • Pengalaman kepimpinan dalam aktiviti ko-kurikulum
  • Pemohon mestilah bukan seorang penerima mana-mana biasiswa lain atau bantuan kewangan daripada organisasi atau yayasan lain

 

Permohonan untu Biasiswa Maybank Scholarship 2016 boleh dibuat di www.maybank.com/scholarship. Anda juga boleh mengemukakan borang permohonan yang lengkap dan disertakan dengan salinan dokumen sokongan yang diperakuai benar kepada alamt berikut

Maybank Scholarship Award 2016

Talent Acquisition

Group Human Capital

44th Floor, Menara Maybank

100, Jalan Tun Perak, 50050 Kuala Lumpur

 

 

 

 

 

 

 

Tarikh tutup bagi Biasiswa Maybank Scholarship 2016 adalah pada 20 Mac 2016. Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi Bantuan Biasiswa di talian 03-20748966. Permohonan yang tidak lengkap atau permohonan yang diterima selepas tarikh tutup tidak akan dipertimbangkan. Hanya calon yang disenarai pendek sahaja akan dimaklumkan.

Scholarship

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *