Biasiswa Yang Di-Pertuan Agong Sesi 2018

Biasiswa Yang Di-Pertuan Agong sesi 2018

 

Biasiswa Yang Di-Pertuan Agong sesi 2018 kini dibuka. Permohonan penajaan Biasiswa Yang di-Pertuan Agong (BYDPA) Sesi Pengajian 2018 boleh dibuat dengan mengisi borang secara dalam talian (on-line) melalui portal www.jpa.gov.my atau esilav2.jpa.gov.my mulai jam 5.00 petang, 08 Februari 2018 (Rabu) sehingga tarikh tutup permohonan on-line dan tarikh akhir penyerahan borang permohonan juga ialah pada 3 Mac 2018 (Jumaat)

 

Terma dan Takrifan 
Biasiswa Yang Di-Pertuan Agong sesi 2018 merupakan biasiswa kerajaan Malaysia yang paling berprestij. Ianya terbuka kepada semua warganegara Malaysia yang berkelayakan dengan memberi peluang melanjutkan pengajian peringkat Pasca Ijazah dalam bidang Sains dan Teknologi, Ekonomi dan Undang-undang secara sepenuh masa di IPT Dalam dan Luar Negara. Kelebihan biasiswa ini adalah dari segi kadar biasiswa yang ditawarkan, syarat-syarat kelayakan dan penempatan di universiti-universiti yang terkemuka.

 

Syarat-Syarat bagi Biasiswa Yang Di-Pertuan Agong sesi 2018

  1. Kriteria utama:
    • Penglibatan dalam kegiatan ko-kurikulum atau aktiviti kemasyarakatan atau hasil kerja kreatif dan inovatif
    • Prestasi semasa temuduga
  2. Syarat kelayakan:
    • Warganegara Malaysia
    • Berumur tidak melebihi 30 tahun pada tahun memulakan pengajian
    • Memiliki Ijazah Sarjana Muda / Sarjana yang diiktiraf oleh Kerajaan dengan pencapaian CGPA minimum 3.75 atau kelas pertama atau yang setaraf dengannya
    • Aktif dalam kegiatan ko-kurikulum atau aktiviti kemasyarakatan atau menghasilkan kerja-kerja kreatif dan inovatif
    • Mahir dalam lebih daripada satu bahasa antarabangsa
    • Mendapat tempat pengajian di institusi pengajian tinggi awam tempatan atau di universiti terkemuka dunia (Ivy League) dan setara.

 

Biasiswa

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *