Casa Del Mar Resort Langkawi

4461_120914093329895_STD

Seindah namanya yang digambarkan Casa Del Mar bermaksud “Rumah di tepi laut”. Begitulah maksud Casa Del Mar Resort Langkawi. Perkataan tersebut berasal dari Sepanyol Casa Del Mar Resort Langkawi ini lebih menerapkan kepada gaya klasik Sepanyol.

Ianya membayangkan ke Pulauan Tropika ke gurun Mexico. Pengurus besar Casa Del Mar Resort Langkawi ini dikenali sebagai Thomas Blachere yang banyak memberi kelainan kepada pengunjung yang hadir bagi merasai keindahan seperti di Sepanyol juga memberi kepuasan yang diingini kepada pengunjung. Terdapat juga kelainan yang ada pada Casa Del Mar Resort Langkawi iaitu keistimewaan untuk pasangan yang ingin berbulan madu dan menikmati keindahan di Casa Del Mar Resort Langkawi tersebut dengan daya tarikan yang menarik kepada pengunjung dan keindahan panorama laut dan matahari terbenam yang dapat disaksikan dengan penuh romantik.

Bagi kedudukan bilik pula yang ianya mempunyai 32 bilik yang terdiri dari royal, deluxe atau junior suite yang semuanya mengadap Pantai Cenang bagi melihat pemandangan yang luas serta ketenangan dan kedamaian disetiap genap ruang. Setiap penambahan dan perubahan sentiasa dilakukan bagi menarik minat pengunjung di Casa Del Mar resort Langkawi ini.

Pelbagai tawaran penginapan disediakan juga untuk kemudahan dan keperluan. Di setiap bilik akan dilengkapi dengan peralatan yang cukup bagi memberi kepuasan kepada pengunjung yang datang. Pengujung yang datang ke Casa Del Mar Resort Langkawi ini akan di hidangkan dengan buah-buahan dan biskut-biskut yang istimewa sebagai menyambut kedatangan pengunjung. Selain itu juga kemewahan yang dapat dirasai dibahagian bilik mandi yang memukau setiap pengunjung yang datang.

Resort ini juga menyediakan restoran yang diberi nama Le Luna yang menyediakan sajian menu moden tempatan dan juga makanan barat ala carte. Ia juga ada menyediakan pakej istimewa berharga RM500.00 untuk pasangan yang ingin menikmati suasana romantik. Antara pakej yang disediakan makan malam ditepi pantai dan castaway picnic iaitu pasangan akan dibawa berkelah dengan menaiki bot kepulau kecil. Disana telah disediakan khemah untuk perkelahan itu.

Tidak sempurna rasanya Casa Del Mar Resort Langkawi tidak menyediakan SPA, The Spa ada disediakan bagi membolehkan pengunjung membelai dan merehatkan badan dengan alunan terapi di spa tersebut. Spa ini adalah Spa no.1 di Langkawi. Ini akan menarik minat mengunjung yang dapat merasainya. Selain itu resort ini ada menyediakan kemudahan-kemudahan gymnasium, butler, rekreasi pantai, kolam renang, pelayaran dengan mengunakan bot-bot dan aktiviti disekitar Pulau Langkawi.

 

     

 

 

Categories
Accommodation
No Comment

Leave a Reply

*

*


Related Post

  • Hotel Uzbekistan in Tashkent

    Hotel Uzbekistan in Tashkent  is in the heart of the Uzbekistan capital Tashkent (Toshkent in Uzbek).   Hotel Uzbekistan in Tashkent is a luxurious base in Tashkent, comes with free...
  • Hayman Island Resort Australia

    Hayman Island Resort Australia also known as One&Only Hayman Island is a luxury 5 star hotel. It has different types of  beautifully decorated suites and rooms for you to choose....
  • Sporthotel Igls in Austria

    The Sporthotel Igls in Austria is situated close to the heart of Innsbruck, and features a Jacuzzi. It has a fitness center, a sauna, a spa & wellness center...
  • bg05

    Best Hotel Accommodation

    Best Hotel Accommodation Finding and booking the best hotel accommodation can be time consuming and difficult especially when you are not familiar with the city you intend to spend...