Citrawarna 1 Malaysia 2013

582265_2934204567810_1641950402_1901278_758657214_n

Tahun ini 2013 Citrawarna 1 Malaysia yang bertemakan Visit Malaysia Year (VMY) 2014. Citrawarna 1 Malaysia 2013 yang akan memaparkan keunikan produk pelancongan negara. Acara anjuran Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia, Citrawarna 1 Malaysia 2013 akan diadakan di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur pada 25 Mei 2013 (Sabtu). Ini merupakan kali ke-15 yang mula diperkenalkan sejak tahun 1999. Seramai 6,700 peserta perarakan akan mengambil bahagian dalam acara perarakan pelancongan terbesar ini.

Acara ini akan disempurnakan oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Almu’tasimu Billahi Muhibuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu’adzam Shah Ibni Almarhum Sultan Badlishah dan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, Tuanku Hajah Haminah. Semperna hari keputeraan Baginda.

Citrawarna 1 Malaysia 2013 menyaksikan acara gilang gemilang dengan kereta berhias dan persembahan tarian yang serta memperkenalkan produk-produk ikon pelancongan negara. Peararakan ini merangkumi 15 segmen iaitu:

1. Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia dan Tourism Malaysia
2. Eko-pelancongan
3. Homestay
4. Pelancongan Sukan
5. Beli-belah
6. Seni Kontemporari
7. Warisan
8. Taman & Laman
9. Magic of the Night
10. Fabulous Food
11. Tarian Cuti-Cuti 1Malaysia
12. Persembahan Festival-Festival di Malaysia
13. Persembahan “Mega Endang”
14. Persembahan tema Citrawarna 1Malaysia 2013: Visit Malaysia Year 2014
15. Persembahan “Joget Lambak”

Persembahan dan cara Citrawarna 1 Malaysia 2013 akan bermula seawal jam 5.00 petang dengan persembahan pre-show oleh artis-artis tempatan.

Perarakan Citrawarna 1 Malaysia ini adalah pelancongan terbesar yang merangkumi perarakan sepanjang 1.5 kilometer, bermula dari Jalan Raja, masuk ke Jalan Raja Laut dan Jalan Isfahan, hinggalah ke Jalan Tuanku Abdul Rahman.

Pengangkutan Awam:-

Bagi orang ramai yang ingin mengunakan pengangkutan awam, Syarikat Prasarana Negara Berhad (Prasarana) akan melanjutkan perkhidmatan RapidKL/LRT/Monorel (bagi stesen berdekatan Dataran Merdeka) mengikut masa seperti berikut:

• Untuk LRT : sehingga 12.30 tengah malam
• Untuk Bas (RapidKL) : sehingga 1.00 pagi

 

Categories
Event
No Comment

Leave a Reply

*

*


Related Post