Golden Sands Resort Penang Hotel

background

Permandangan yang membuatkan senyuman terukir indah antara tempat yang amat menarik dan memberi keriangan kepada kita seisi keluarga, sebagai tempat beradu yang amat nyaman. Satu-satunya Golden Sands Resort Penang Hotel yang bertaraf 4 bintang yang mengetengahkan konsep yang tersendiri, bagi yang berkeluarga akan merasai keindahan dan kedamaiannya. Lobi yang menunjulkan konsep yang hanya membuka lamannya saja yang dipenuhi dengan kehijauan tumbuhan-tumbuhan hijau, kolam renang dan pantai laut yang kebiruan membuatkan kita akan merasai ketenangannya.

Dengan adanya  konsep istimewa ini  pelbagai aktiviti yang ditawarkan seperti variasi fasiliti dan aktiviti rekreasi untuk bersama keluarga. Aktiviti pusat sukan air, kolam renang berbentuk lagun dan padang golf par 3 eksekutif. Selain itu aktiviti di kawasan pantai juga ada disediakan iaitu parasailing, jetski, kayak dan banyak lagi.  Aktiviti ini lebih kepada berkumpulan dan bersama ahli keluarga.

Pusat keriangan kanak-kanak juga ada disediakan iaitu Adventure Zone bagi menarik perhatian dengan keunikkan tempat untuk kanak-kanak bermain dengan selamat. Ia menyediakan kemudahan ruang yang berhawa dingin dan keluasan 10,300 kaki persegi. Permainan yang disediakan juga seperti 3 gelungsur, variasi seksyen peralatan, bahagian bayi dan bilik yang bertemakan parti harijadi serta kafe. Selain daripada itu, kelab kanak-kanak juga ada diwujudkan dengan disediakan pelbagai aktiviti setiap hari.

Golden Sands Resort Penang Hotel ini juga telah diiktirafkan oleh Kementerian Pelancongan sebagai “Best Hotel Services In Malaysia” ianya sempena  Majlis Penganugerahan Pelancongan 2010/2011. Ia juga terpilih sebagai hotel “Best Family Stay”. Tidak perlu diragui lagi  tentang Golden Sands Resort Penang Hotel ini. Semuanya telah terbukti antara hotel-hotel yang terbaik di Malaysia.

Rekabentuk dalaman hotel ini lebih bersifat moden kontemporari. Juga suktur warna keemasan yang menjadi tarikan kita. Perabot yang ringkas tapi menarik dan konsep manimalis. Ianya mempunyai 387 buah bilik yang amat selesa dan tambahan perincian untuk keselesaan. Jenis perabot yang bercirikan maskulin dengan katil Murphy yang sangat empuk untuk yang berkeluarga ianya amat selesa. Kemudahan di setiap bilik ada disediakan pemainan DVD dan capaian internet jalur lebar. Di bilik air juga disediakan dengan tab mandian yang kemas dan menarik.

Terdapat 3 buah restoran di Golden Sands Resort Penang Hotel dengan konsep tersendiri. Ianya menyediakan hidangan makanan tempatan dan juga antarabangsa yang amat lazat. Sewaktu menjamu selera, dengan berlatar belakangkan seperti di taman yang dikelilingi pepohon hijau yang amat menarik, sambil menikmati hidangan yang disediakan.

Perjalanan ke Golden Sands Resort Penang Hotel ini mengambil masa lebih kurang 5 jam dari Kuala Lumpur dengan menaiki kereta mahu pun bas. Jika dengan menaiki Kapal Terbang, pilihan laluan ke Pulau Pinang dengan mengambil teksi dari lapangan terbang terus ke hotel. Pilihan pengakutan Feri atau mengunakan jambatan disediakan sesudah kita sampai di Lebuh Raya Juru. Harga RM7 pergi balik dengan mengunakan pengakutan Feri. Selain itu Golden Sands Resort Penang Hotel ini juga ada menyediakan pengangkutan Shuttle ke Bandar Georgetown dengan percuma mengikut jadual yang disediakan.

          

     

      

 

 

 

 

 

Categories
Accommodation
No Comment

Leave a Reply

*

*


Related Post

  • Hotel Uzbekistan in Tashkent

    Hotel Uzbekistan in Tashkent  is in the heart of the Uzbekistan capital Tashkent (Toshkent in Uzbek).   Hotel Uzbekistan in Tashkent is a luxurious base in Tashkent, comes with free...
  • Hayman Island Resort Australia

    Hayman Island Resort Australia also known as One&Only Hayman Island is a luxury 5 star hotel. It has different types of  beautifully decorated suites and rooms for you to choose....
  • Sporthotel Igls in Austria

    The Sporthotel Igls in Austria is situated close to the heart of Innsbruck, and features a Jacuzzi. It has a fitness center, a sauna, a spa & wellness center...
  • bg05

    Best Hotel Accommodation

    Best Hotel Accommodation Finding and booking the best hotel accommodation can be time consuming and difficult especially when you are not familiar with the city you intend to spend...