Hotel Majestic Melaka

Hotel Majestic Melaka adalah sebuah hotel yang mengimbau kenangan silam serta mengekalkan tradisi adat-adat Baba dan Nyanyo. Hotel Majestic Melaka ini terletak di Melaka, Bandaraya bersejarah berhadapan dengan Sungai Melaka, di Jalan Bunga Raya. Hotel ini masih mengabungkan ciri-ciri lama. Antara yang menarik pada Hotel Majestic Melaka ini juga ia menekan pada warna ‘Hitam-Putih’ yang mengenangkan kita pada zaman silam.

Hotel Majestic Melaka ini berasal daripada sebuah rumah yang dimiliki oleh seorang peniaga terkenal berketurunan cina. Bangunan ini siap dibina pada tahun 1929 dan sekarang bertukar menjadi hotel pada tahun 1953. Bangunan ini juga sudah berusia hampir 100 tahun dengan mengekalkan rekabentuk yang asalnya. Antara yang masih dikekalkan adalah seperti indentiti klasik, jubin yang bermotifkan corak unik, pintu dan tingkap serta perabot bagi membangkitkan rasa Melaka sejati.

Selain itu juga susun atur dalaman dengan sentuhan pangaruh sejarah lama iaitu Portugis, Belanda, British dan peranakan.  Kakitangan pekerja Hotel Majestic Melaka  tersebut juga memakai pakaian tradisionalnya iaitu berkebaya bagi menarik tumpuan pengunjung. Hotel Majestic Melaka  ini mempunyai 52 buah bilik termasuk 2 suite dengan dekorasi dan elemen mewah seperti lampu-lampu, cermin-cermin perhiasan yang menarik sehingga di bilik air juga sarat dengan elemen mewah, boleh dikatakan disetiap ruang mempunyai gaya klasik yang unik.

Ruang kamarnya yang sungguh eksklusif dan berkeluasan 70 meter persegi dan sangat selesa. Selain daripada penginapan, hotel ini juga ada menyediakan rawatan istimewa di Spa Village. Ia sesuai bagi yang ingin merehatkan minda dan merasai urutan-urutan dengan teknik cara Baba dan Nyanyo dengan pakej-pakej yang disediakan. Selain itu juga hotel ini menyediakan kolam renang yang berdekatan dengan Spa tersebut dan juga di sediakan gimnasium. Hotel Majestic Melaka  ini cukup lengkap dengan persekitaran dan keseronokan yang ada. Seluruh kakitangan pekerja hotel ini memberi layanan seperti kelas pertama dengan perkhidmatan yang memuaskan seperti hotel-hotel mewah lima bintang yang lain.

Anda berminat untuk bermalam di Hotel Majestic Melaka? Layari Hotel Majestic Melaka untuk terus membuat tempahan penginapan hotel anda di Melaka.

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *