Jakarta, Indonesia

Kita semua tahu tentang Indonesia, sebuah negara yang mempunyai daya tarikan pelancong yang amat menarik, antaranya seperti di Jakarta. Ia juga dikenali sebagai Daerah Khusus Ibukota Jakarta, mempunyai penduduk yang lebih dari 300 suku bangsa dengan 200 bahasa penghantaran dengan penduduk berjumlah 9,607,787. Sebuah kota Bandaraya yang menjadi destinasi pelancongan yang amat menarik, juga boleh dikatogeri sebagai tempat syurga membeli belah untuk sesiapa yang mengunjunginya.

Antara tempat membeli belah yang menarik dan terkenal adalah Mangga Dua dan Tanah Abang. Di situlah terdapat pelbagai barangan keperluan seperti, barangan perhiasan, pakaian dan juga tekstil yang terkini. Selain itu juga kekayaan seni dan budaya, Indonesia juga terkenal dengan kelazatan makanannya hampir di seluruh tempat di Jakarta, dengan mudah dijumpai rumah makan yang menyajikan masakan asal Minang.

Jakarta juga memiliki makanan khasnya, yang paling terkenal adalah Kerak Telor, Soto Betawi, Kue Ape, Roti Buaya, Combro, Nasi uduk dan lain-lain. Selain itu di Jakarta juga boleh ditemukan makanan tradisional dari daerah misalnya makanan khas Jawa Timur, seperti Rawon, Rujak Cingur, dan Kupang Lontong.

Bagaimana pula dengan kemudahan pengangkutan untuk kita kunjungi ke Jakarta? Antara syarikat penerbangan yang menjadi pilihan untuk penerbangan dari Kuala Lumpur ke Jakarta adalah Malaysia Airlines (MAS), Air Asia, Garuda Indonesia dan juga Royal Dutch Airline (KLM). Penerbangan ini dari Malaysia (Kuala Lumpur) ke Indonesia (Jakarta)  mengambil masa antara 2 jam.

Pengakutan awam juga ada disediakan untuk membolehkan pelancong atau pelawat melawat tempat-tempat yang menarik di ibu kota Jakarta antaranya dengan menaiki Kereta api, perkhidmatan bas dan juga Skuter.

Bagi penginapan pula terdapat hotel-hotel mewah, serdehana dan juga murah di sekitar Jakarta. Dengan kedudukkannya yang strategik ditengah-tengah kota, yang menyediakan keperluan yang kita inginkan, di antara hotel-hotel mewah yang ada di Jakarta antara lain Hotel Sultan, Grand Sahid Jaya, Hotel Indonesia Kempinski, Grand Hyatt, dan Shangri-La hotel yang terletak di Jalan Sudirman, serta The Ritz-Carlton dan Hotel Marriott di Kuningan. Hotel Borobudur di Lapangan Banteng adalah hotel yang dapat memenuhi keperluan kita.

Categories
Things To Do
No Comment

Leave a Reply

*

*

Related Post

  • Opera House and Harbor Bridge from Mrs. Macquarie's Point

    Tarikan Pelancong di Kota Sydney

    Sydney sememangnya sebuah kota yang amat dikenali ramai kerana ia merupakan salah sebuah bandar utama di Australia, dan semestinya keunikan Sydney Opera House menjadikan bandaraya Sydney lebih popular berbanding...
  • Keindahan bumi Kashmir

    Keindahan Bumi Kashmir

    Perancangan selama setahun setengah untuk menjejakkan kaki di bumi India akhirnya menjadi kenyataan. Pengembaraan selama 3 minggu di India sememangnya tidak mencukupi bagi saya yang sentiasa ingin melihat kepelbagaian...
  • Musim Panas di Hobart (Bahagian 2)

    Hari ketiga saya di Hobart telah dipenuhi dengan aktiviti yang menyeronokkan. Memandangkan saya amat menyukai perkampungan Richmond, saya telah mengambil bas ke sana pada waktu pagi dan bersarapan di...
  • ttd1

    Musim Panas di Hobart (Bahagian 1)

    Australia merupakan sebuah negara yang mempunyai daya tarikan tersendiri. Ia merupakan negara yang mempunyai pulau terbesar di muka bumi dan mempunyai khazanah alam yang terpelihara rapi. Mungkin ramai yang...