Lawatan Sehari ke Great Ocean Road Melbourne Australia

Lawatan Sehari ke Great Ocean Road Melbourne Australia

Perancangan untuk merasai dan melihat sendiri keindahan di Great Ocean Road Melbourne Australia akhirnya tercapai juga semasa percutian musim panas ke Tasmania dan Victoria, Australia. Sebelum dijemput oleh pemandu yang juga merupakan pemandu pelancong untuk lawatan sehari ke Great Ocean Road Melbourne Australia, saya bersiap awal untuk bersarapan dan menikmati cappucino di kafe berhampiran Melbourne International Backpackers. Tepat jam 7.30 pagi, saya dijemput oleh  pemandu dari Autopia Tours. Terdapat beberapa lagi pengunjung yang mengikuti lawatan sehari ke Great Ocean Road ini.

Semasa dalam perjalanan menuju Great Ocean Road, kami berhenti sebentar untuk minum pagi di pekan sebuah tasik di pekan Torquay. Mengikut program asal, kami sepatutnya dibawa ke Bell Beach untuk berhenti rehat. Tetapi memandangkan keadaan tidak mengizinkan, kami berhenti di pekan Torquay. Kami gunakan kesempatan ini untuk meregangkan otot-otot kaki, menghirup udara segar dan mengambil gambar di kawasan sekitar tasik ini.

Di pinggir sebuah tasik di pekan Torquay

Kami meneruskan perjalanan menuju ke arca memorial Great Ocean Road Melbourne Australia yang terletak di penghujung pekan Torquay.
Arca Memorial Great Ocean Road, Torquay
Perjalanan ke arca memorial ini mengambil masa kira-kira 30 minit dari pekan Torquay dan amat mendamaikan jiwa setiap mata yang memandang. Lanskap di sepanjang perjalanan menuju ke arca memorial Great Ocean Road mula berubah. Terdapat beberapa buah rumah kecil di bukit-bukit yang berwarna hijau kekuningan yang terdapat di sebelah kanan, manakala lautan membiru di sebelah kiri kami. Adalah satu kemestian kepada semua pengunjung Great Ocean Road untuk mengambil gambar di arca memorial ini. Nampaknya lawatan sehari ke Great Ocean Road menjadi semakin menarik setelah melepasi arca memorial ini
Great Ocean Road juga mempunyai sejarah lampau dan pembinaan jalan di sepanjang Great Ocean bermula sekitar tahun 1919, selepas Perang Dunia Pertama. Ini juga bererti, pembinaan jalan di sepanjang Great Ocean sebenarnya merupakan memorial peperangan terbesar di dunia untuk memperingati setiap individu yang terkorban semasa Perang Dunia Pertama. Untuk maklumat mengenai sejarah ringkas Great Ocean Road, Wikipedia mempunyai sumber yang cukup ——–> Great Ocean Road
Lawatan Sehari ke Great Ocean Road

Sedikit maklumat mengenai arca memorial Great Ocean Road

 

Lawatan Sehari ke Great Ocean Road

Gerbang menandakan permulaan Great Ocean Road

Koala Cove

Memandangkan arca memorial tersebut tidak mempunyai kawasan parkir khas, setiap pengunjung harus memberi laluan kepada pengunjung lain yang baru tiba. Puas juga mengambil gambar di sini kerana langit yang tidak  berawan dan pancaran cahaya matahari yang cukup ideal menghasilkan gambar yang memuaskan. Tidak sampai 20 minit, kami menaiki semula bas dan menuju Koala Cove yang termasuk dalam itinerari untuk lawatan sehari ke Great Ocean Road Melbourne Australia ini. 

Untuk tiba ke Koala Cove, kami melalui jalan yang berliku ketika menaiki dan menuruni kawasan berbukit. Ini menyebabkan saya berasa agak mual seketika. Selepas 45 minit, kami tiba di Koala Cove. Kuala Cove merupakan holiday park atau kawasan tumpuan kenderaan seperti karavan atau campervan, yang ingin bermalam di kawasan ini dengan sedikit bayaran. Kawasan ini menjadi tumpuan kerana pengunjung-pengunjung Koala Cove dapat melihat  koala liar. Semasa persinggahan kami di sini, terdapat 3-4 ekor koala yang tinggal di atas pokok eucalyptus. Ada koala yang sedang tidur dengan posisi yang melucukan dan ada pula yang sedang memakan pucuk dan daun eucalyptus. Koala sememangnya diketahui menghabiskan masa sebanyak 22 jam sehari dengan tidur. Selebihnya digunakan untuk mencari dan memakan pucuk dan daun eucalyptus.

Lawatan Sehari ke Great Ocean Road

Koala yang sedang berehat dengan posisi tersendiri

Lawatan Sehari ke Great Ocean Road

Posisi seperti ini pun koala masih boleh tidur dengan selesa

Apollo Bay

Menjelang tengahari, kami teruskan lagi perjalanan menuju Apollo Bay yang terletak 30 minit perjalanan dari Koala Cove. Di sini kami diberi makan tengahari yang disediakan oleh pemandu pelancong. Pilihan yang disediakan adalah sandwich telur, sandwich sayuran atau ayam. Kami diberitahu yang harga makanan di sekitar Apollo Bay agak mahal memandangkan ia adalah pekan terbesar di sepanjang Great Ocean Road dan ia juga mempunyai semua kemudahan yang lengkap untuk keperluan pengunjung-pengunjung. Nampaknya tidak perlulah saya mengeluarkan belanja untuk makan tengahari kerana ia telah disediakan oleh penganjur lawatan.
Setelah selesai makan tengahari, kami diberi masa selama 20 minit untuk berjalan-jalan di sekitar pekan ini. Sudah semestinya tumpuan saya ialah kedai-kedai yang menjual pelbagai jenis cenderamata. Harga untuk fridge magnet atau key-chain agak mahal juga di sini. Seterusnya saya menuju ke pantai Apollo Bay untuk melihat keindahan kawasan pantai di sini. Mujurlah langit tidak berawan dan matahari pula bersinar terang, maka warna biru laut jelas kelihatan. Namun begitu, saya berasa agak khuatir dek kepanasan dan sinaran ultra ungu yang dipantulkan oleh air laut. Mujurlah saya mengenakan lengan panjang dan losyen sunblock maka bolehlah saya berjalan-jalan di tepi pantai.
Apollo Bay

Pantai di Apollo Bay

Otway National Park

Lawatan sehari ke Great Ocean Road Melbourne Australia diteruskan lagi dengan melawati Otway National Park. Sememangnya saya tidak menyangka bahawa taman negara ini amat menyejukkan setelah mengharungi perjalanan di sepanjang Great Ocean Road ketika musim panas. Sebenarnya Otway National Park merupakan hutan hujan sederhana dan ia mempunyai jenis-jenis tumbuhan yang berbeza berbanding hutan hujan tropika. Persinggahan kami di Otway National Park yang kurang dari 30 minit sememangnya amat melegakan kerengsaan akibat berada terlalu lama di dalam bas dan juga laluan yang agak berliku.

Lawatan Sehari ke Great Ocean Road

Tumbuhan di dalam Otway National Park

 

Port Campbell National Park
Matlamat utama saya akhirnya tercapai apabila kami tiba the Port Campbell National Park yang terletak tidak jauh dari Otway National Park. Setibanya di kawasan taman negara ini, semua kenderaan harus meletakkan kenderaan di kawasan yang telah dikhaskan. Semua pengunjung pula harus menuju ke pusat informasi taman negara, dan seterusnya barulah boleh menuju ke platform-platform tinjauan. Pusat informasi ini hanya kenyediakan maklumat-maklumat mengenai keseluruhan taman negara ini dan juga jualan minuman dan makanan ringan.
Port Campbell National Park mempunyai beberapa tarikan alam semulajadi yang sangat menarik. Bagi yang amat menggemari lanskap dan struktur-struktur semulajadi, taman negara ini semestinya menjadikan lawatan sehari ke Great Ocean Road sebagai pengalaman yang tidak boleh dilupakan. Antara tarikan yang dimaksudkan adalah seperti The Twelve Apostles, The Shipwreck Coast, Razorback Rock, The Loch Ard Gorge dan London Bridge. Terdapat beberapa lagi tarikan yang boleh juga dikunjungi tetapi terikan sampingan itu tidak termasuk dalam pakej lawatan sehari ke Great Ocean Road yang kami ambil. Untuk mendekari setiap tarikan dengan lebih dekat tanpa ada kekangan masa, memandu sendiri ke adalah alternatif lain yang boleh digunakan untuk lawatan sehari ke Great Ocean Road.
Twelve Apostles merupakan icon alam semulajadi yang sering diperkatakan apabila topik berkenaan Great Ocean Road Melbourne Australia diutarakan. Ia sebenarnya merupakan sekumpulan struktur batu kapur yang terbentuk jutaan tahun yang lalu disebabkan hakisan ombak dan juga cuaca ekstrem di sekitar Lautan Selatan. Struktur-struktur ini adalah sebahagian daripada daratan dan disebabkan hakisan ombak, gua-gua dan lubang hembusan terbentuk. Fenomena hakisan ombak berlaku secara berterusan menyebakan gua-gua atau lubang hembusan menbentuk arca-arca. Apabila arca-arca tersebut roboh, maka terbentuklah struktur yang ada sekarang. Sebenarnya, jumlah asal struktur ini bermula dengan 9 tetapi pada Julai 2005, salah sebuah struktur tersebut roboh. Struktur-struktur ini mempunyai ketinggian 50 meter.
Twelve Apostles dikatakan ikon yang paling kerap dipotretkan di Australia, selepas Sydney Opera House. 

Lawatan Sehari ke Great Ocean Road

Lawatan Sehari ke Great Ocean Road

The Twelve Apostles

Lawatan sehari ke great ocean road

The Shipwreck Coast

Setelah puas melihat The Twelve Apostles, saya beralih pula ke platform tinjauan yang berdekatan dengan platform tinjauan yang pertama. Di platform kedua ini, saya berasa sangat kagum dengan lanskap alam yang menghadap ke Shipwreck Coast. Gabungan warna biru air laut, tebing-tebing batu kapur, pokok-pokok renek dan buih-buih ombak dilihat seperti satu kombinasi warna dan elemen yang mendamaikan. Apatah lagi tiupan bayu laut membuatkan suasana lebih menyelesakan walaupun pancaran terik cahaya matahari.

Lawatan Sehari ke Great Ocean Road

Ship Wreck Coast. Pemandangan yang sangat mendamaikan hati saya

168

174

Loch Ard Gorge

Setelah berada di kawasan Twelve Apostles selama 1 jam, kami kembali ke bas dan meneruskan lawatan ke Loch Ard Gorge yang terletak tidak sampai 5 kilometer dari The Twelve Apostle. Loch Ard Gorge juga menempatkan struktur menarik seperti Razorback Rock dan Tom & Eva.

Pengunjung perlu berjalan kaki ke platform tinjauan dari tempat letak kenderaan. Walaupun matahari yang  terik, pemandangan yang terdiri daripada beberapa jenis tumbuhan renek  dan beberapa jenis rumput membuatkan saya leka dan tidak berhenti-henti mengambil gambar pemandangan di sekelililng. Pemandangan lebih mengasyikkan apabila tiba di platform tinjauan.

Kawasan ini dinamakan bersempena dengan nama sebuah kapal dari Scotland yang bernama Loch Ard. Kapal ini karam disebabkan terlanggar batuan karang yang besar dan kemudian tenggelam. Pada masa itu, tidak ada sistem navigasi yang canggih dan pengemudi kapal hanya berpandukan alam semulajadi dan rumah-rumah api semasa pelayaran. Walaupun begitu, bilangan rumah-rumah api amatlah sedikit dan adakalanya, rumah api yang sedia ada tidak membantu para pelayar terutamanya ketika ribut, menyebabkan pelanggaran, seterusnya karam.

Lawatan Sehari ke Great Ocean Road

Lawatan Sehari ke Great Ocean Road

Pantai di Loch Ard George yang sesuai dijadikan tempat untuk berenang

Lawatan Sehari ke Great Ocean Road

Lawatan Sehari ke Great Ocean Road

Struktur asal merupakan arca yang dipanggil Loch Ard Arch tetapi runtuh pada tahun 2009 membentuk 2 struktur setinggi 25 m. Sekarang ia dikenali sebagai Tom & Eva

 

Razorback Rock

Bersebelahan dengan Loch Ard Gorge, terdapat sebuah lagi struktur batuan yang terbentuk secara semulajadi melalui proses hakisan yang kompleks, iaitu Razorback Rock. Agak menghairankan juga bagaimana struktur batuan ini mempunyai lapisan-lapisan yang terdiri daripada warna yang berlainan, dan bagaimana pula terbentuknya permukaan yang licin dan kasar pada bahagian-bahagian tertentu. Apa yang pasti, kesemua struktur batuan di sepanjang Shiprwreck Coast  sedang mengalami hakisan ombak yang berterusan dan berpanjangan. Lama-kelamaan, struktur-struktur ini pasti tidak dapat dilihat lagi pada masa yang akan datang.

Lawatan Sehari ke Great Ocean Road

Penerangan mengenai Razorback Rock di platform tinjauan

Lawatan Sehari ke Great Ocean Road

Lapisan-lapisan yang terbentuk pada Razorback Rock dengan tekstur yang berbeza-beza

Lawatan Sehari ke Great Ocean Road

Lawatan Sehari ke Great Ocean Road

Bahagian hujung Razorback Rock yang memaparkan bentuk wajah manusia

London Arch atau London Bridge

Sebelum pulang ke Melbourne, tarikan terakhir yang dapat dilihat untuk lawatan sehari ke Great Ocean Road ini ialah London Arch atau London Bridge. Gambar di bawah menunjukkan keadaan selepas separuh daripada struktur itu roboh pada tahun 1990. Ia sepatutnya mempunyai dua arca dan membentuk struktur seperti jambatan yang mempunyai lengkungan di bahagian bawah.

Lawatan Sehari ke Great Ocean Road

 

Lawatan sehari ke Great Ocean Road sememangnya amat memuaskan hati saya kerana dapat menghabiskan masa melihat keindahan dan keunikan alam semulajadi di sini. Berbaloi juga menahan mual dek jalan yang berliku tetapi ia menjadi pengalaman yang sangat  bererti pada saya.

Categories
AsiaAustraliaBahasa Melayu
No Comment

Leave a Reply

*

*


Related Post

  • Yang Menarik di Sekitar Bandar Liverpool

    Yang Menarik di Sekitar Bandar Liverpool

    Liverpool, sebuah bandar di England yang pastinya menjadi impian setiap peminat pasukan bolasepak Liverpool untuk bertandang ke sini. Namun begitu, saya bukanlah seorang peminat bolasepak dan saya sendiri tidak...
  • Tarikan Dan Sejarah Welsh Di Cardiff

    Tarikan Dan Sejarah Welsh Di Cardiff

    Cardiff merupakan ibu negara Wales yang pada saya mempunyai suasana yang berbeza berbanding bandar-bandar lain di United Kingdom. Selain daripada tarikan yang ada di Cardiff, saya juga berpeluang mempelajari...
  • Mencari Damai di Pulau Mauritius

    Mencari Damai di Pulau Mauritius

    Penerbangan selama 7 jam dengan AirAsia X telah membawa kami ke Mauritius, sebuah pulau yang sangat indah dan menjadi destinasi impian kami sejak sekian lama. Tujuan utama kami adalah...
  • Itinerari 3 hari di kota London

    Itinerari 3 hari di kota London

    Ibukota London yang menjadi pusat pentadbiran utama England, telah menjadi destinasi pilihan utama bagi kebanyakan pelancong dari serata dunia. Pengalaman saya semasa berada di London pada pertengahan musim luruh...