Jom Ke Legoland Malaysia, Johor

Legoland Malaysia

LEGOLAND MALAYSIA, antara taman tema yang terbesarkan akan dibuka Johor, Bahru. Taman tema Legoland Malaysia Theme Park adalah yang pertama di Asia dan yang keenam di seluruh dunia. Taman Tema ini akan dibuka dengan rasminya pada 15.9.2012 hari sabtu, bertempat di Medini, Nusajaya, Johor Bahru, Johor.

Kos persiapan taman tema ini mencecah nilai RM700 juta dengan keluasan 76 ekar yang hampir siap 100 peratus. Kelainan yang ada pada taman tema ini akan memberi keterujaan dari taman tema yang sedia ada. Antaranya 40 tempat permainan didalam tujuh tema khas iaitu ”Lego kingdom”, ”Imagination”, ”Land of Adventure”, ”Lego Technic”, ”The Beginning”, ”Lego City” dan ”Miniland”. Setiap permainan yang disediakan pasti ada yang sesuai untuk kanak-kanak berusia 2 hingga 12 tahun. Tempat permainan ini menghasilkan 30 juta kepingan lego dan 15,000 struktur model.

Pengunjung yang akan mengunjungi Legoland perlu mendapatkan tiket Legoland.  Tiket Legoland Malaysia ini dibahagikan kepada dua, iaitu tiket harian dan pas tahunan. Kegunaan pas tahunan ini bagi memudahkan pengunjung untuk masuk ke Legoland Malaysia, bila-bila masa, berulangkali untuk jangka masa setahun. Untuk harga promosi, tiket atau pas tahunan ini boleh dibeli secara online. Tiket dan pas tahunan ini juga ada disediakan di pintu masuk Legoland, tetapi mungkin pada harga yang berbeza.

Sempena pembukaan Legoland ini harga promosi bagi pas tahunan atau tiket juga diberi keistimewa kepada warga Malaysia dan Singapura ianya amat terhad. Harga promosi yang dikenakan dikategorikan kepada dua bahagian dengan harga RM195.00 untuk kategori dewasa dan RM150.00 bagi kanak-kanak. Bagi harga biasa pula dikenakan kepada dewasa RM275.00 dan RM210.00 untuk kanak-kanak. Terdapat keistimewaan lain bagi yang membeli tiket biasa dan pemegang Mykad akan mendapat sebanyak RM30.00 sebagai rebat.

LegoLand Theme Park Malaysia Harga Tiket Harian

LegoLand Theme Park Malaysia Harga Tiket Pas Tahunan

 

Berikut disediakan jadual yang telah ditetapkan; pada hari Isnin, Selasa, Khamis, Jumaat dan Ahad jam 10.00 pagi hingga 6.00 petang, hanya ditutup pada hari Rabu dan setiap hari sabtu akan bermula jam 10.00 pagi hingga 8.00 malam. Selain itu juga pihak Legoland juga ada menyediakan perkhidmatan bas dari Konsortium Transnasional Bhd, pada hari pembukaan tersebut. Ianya dapat memberi keselesaan kepada pengunjung untuk memudahkan perjalanan datang ke Legoland. Perkhidmatan bas ini akan mula beroperasi dari cawangan Johor Bahru, Larkin, Gelang Patah Sentral dan Johor Premium, caj bayaran dikenakan sebanyak RM12.00 seorang.

Categories
Bahasa MelayuJohorMalaysia
No Comment

Leave a Reply

*

*


Related Post