Tabung Pendidikan SSPN-i Plus

Tabung Pendidikan SSPN-i Plus dari PTPTN

Tabung Pendidikan SSPN-i Plus

Tabung Pendidikan SSPN-i Plus

 

Apa itu SSPN-i Plus? SSPN-i Plus adalah pelan simpanan yang direka oleh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) untuk penabungan bagi tujuan pendidikan tinggi. SSPN-i Plus ditambahbaik daripada SSPN-i yang sedia ada dengan bayaran sumbangan takaful yang murah dan perlindungan yang komprehensif.

Dengan SSPN-i Plus anda hanya perlu menabung serendah RM1 sehari, simpanan pendidikan untuk masa depan anak-anak akan terjamin sekali gus dapat menikmati pelbagai keistemewaaan penabungan dan memperoleh perlindungan insurans yang komprehensif sehingga RM40,000, di samping secara automatik layak menyertai cabutan hadiah yang menawarkan lebih 300 hadiah bernilai RM1.5 juta setahun. Ini adalah satu usaha yang baik dari Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) mengajak oarang ramai untuk menabung demi masa depan anak-anak yang disayangi.

Dengan hanya RM1 sehari atau RM30 sebulan, berikut adalah manfaat yang anda akan terima:

  1. Simpanan terkumpul sebanyak RM7,647 selepas 20 tahun*
  2. Manfaat kematian atau ilat kekal akibat kemalangan – RM40,000
  3. Manfaat kematian atau ilat kekal selain kemalangan – RM20,000
  4. Manfaat perlindungan 36 penyakit kritikal – RM10,000
  5. Elaun kemasukan ke hospital – RM20 sehari
  6. Khairat kematian – RM2,500
  7. Pelepasan taksiran cukai
  8. Hadiah tahunan cabutan bertuah WOW

Manfaat Tabung Pendidikan SSPN-i Plus

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Pakej simpanan dan manfaat takaful Tabung Pendidikan SSPN-i Plus terbahagi kepada 6 jenis iaitu pakej Intan, Delima, Topas, Zamrud, Nilam dan Berlian. Seperti yang diterangkan diatas, pakej ini bermula dari serendah RM30 sebulan sehingga RM500 sebulan. Ini bergantung kepada kemampuan anda.

Pakej Tabung Pendidikan SSPN-i Plus

 

 

 

 

 

 

Secara ringkasnya berikut adalah manfaat takaful Tabung Pendidikan SSP-i Plus

Manfaat Takaful Tabung Pendidikan SSPN-i Plus

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Mari kita lihat setiap pakej ini dengan secara terperinci. Secara amnya, tiada perbezaan diantara pakej Intan, Delima dan Topas. Yang akan membezakan 3 pakej ini adalah jumlah simpanan yang terkumpul untuk jangka masa 20 tahun.

Pakej Intan, Delima dan Topas Tabung Pendidikan SSPN-i Plus

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Gambar dibawah menunjukkan perbezaan diantara pakej Zamrud, Nilam dan Berlian. Perbezaannya agak ketara, setiap pakej mempunyai manfaat takaful yang lebih tinggi. Dan hasil simpanan terkumpul untuk 20 tahun adalah lebih tinggi dari 3 pakej teratas. Secara ringkasnya lagi banyak kita menabung lagi banyak manfaat nya.

Pakej Zamrud, Nilam dan Berlian Tabung Pendidikan SSPN-i Plus

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Pada saya, pakej Topas Tabung SSPN-i Plus adalah yang terbaik. Disamping menikmati hasil simpanan terkumpul sebanyak RM34,410*, anda juga dapat menikmati manfaat takaful seperti yang telah dijelaskan sebelum ini. Dan saya rasa RM34,410 memadai untuk mendanai pembelajaran anak-anak kita di Universiti tempatan. Besar kemungkinan nak kena top-up sedikit, tetapi tidak jauh berbading kalau kita menabung dengan pakej Intan dimana hasil simpanan terkumpul hanya RM7,647 sahaja.

Maanfaat Takaful

  1. Manfaat kematian atau ilat kekal akibat kemalangan – RM40,000
  2. Manfaat kematian atau ilat kekal selain kemalangan – RM20,000
  3. Manfaat perlindungan 36 penyakit kritikal – RM10,000
  4. Elaun kemasukan ke hospital – RM20 sehari
  5. Khairat kematian – RM2,500

 

 

 

 

 

 

 

 

Secara ringkasnya Tabung Pendidikan SSPN-i Plus ini banyak faedah nya. Saya pasti ramai diantara kita yang menabung dia bank, ASB, TBH, unit amanah dan takaful pendidikan, mari sama ama kita perincikan lagi perbezaan manfaat dengan Tabung Pendidikan SSPN-i Plus.

Perbezaan manfaat berbanding Tabung Pendidikan SSPN-i Plus

 

 

 

 

 

 

 

 

Hebat kan? Apa tunggu lagi mari buka akaun Tabung Pendidikan SSPN-i Plus secara online di laman web SSPN – Skim Simpanan Pendidikan Nasional. Mudah dan cepat. Tak perlu ke kaunter SSPN pun, semua nya online. Tabung Pendidikan SSPN-i Plus dari Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

Categories
SSPN-i Plus
No Comment

Leave a Reply

*

*


Related Post