Tarikan Dan Sejarah Welsh Di Cardiff

Tarikan Dan Sejarah Welsh Di Cardiff
Castle Coch

Cardiff merupakan ibu negara Wales yang pada saya mempunyai suasana yang berbeza berbanding bandar-bandar lain di United Kingdom. Selain daripada tarikan yang ada di Cardiff, saya juga berpeluang mempelajari sedikit sebanyak mengenai sejarah orang-orang Welsh. Tarikan dan sejarah Welsh di Cardiff inilah yang membuatkan saya berasa lawatan ke bandar ini dan sekitarnya begitu bermanfaat.

Cardiff Bay Barrage

Seawal jam 8 pagi, saya dijemput oleh seorang sahabat Welsh di tempat penginapan di tengah-tengah bandar Cardiff. Kamu mulakan perjalanan ke Cardiff Bay Barrage, yang terletak di muara Cardiff Bay. Baraj ini memain peranan yang penting dalam pembinaan semula kawasan teluk ini. Mengikut penerangan sahabat saya, baraj ini juga membolehkan isu pasang surut air diselesaikan, membolehkan kawalan trafik maritim dijalankan. Baraj ini menggunakan sistem lock (kunci air), iaitu kawalan ketinggian aras air untuk kenderaan air yang berada di antara dua laluan air yang mempunyai ketinggian berbeza, membolehkan kenderaan itu bergerak dikemudi ke kawasan tujuan.

Cardiff Bay Barrage juga merupakan salah satu projek kejuruteraan awam terbesar di Eropah, membolehkan Cardiff Bay berkembang dengan pesat sebagai pusat tarikan pelancong dan komersil. Untuk tiba disini, pengunjung boleh berjalan kaki dari Mermaid Quay menuju Penarth Marina menggunakan siarkaki yang disediakan, ataupun menaiki kenderaan.

Kuarters pekerja di Cardiff Bay

Perumahan awam di kawasan marina berhampiran Cardiff Bay Barrage

dsc00485

dsc00490

Bot yang melepasi kunci air menuju ke muara sungai ketika air surut

Caerphilly Castle

Beberapa kilometer dari utara bandar Cardiff, kami menuju ke pekan Caerphilly untuk lawatan singkat ke Caerphilly Castle. Ia merupakan kubu yang dibina pada zaman pertengahan yang dikelilingi oleh tasik buatan manusia. Istana ini juga merupakan yang terbesar di Wales, dan kedua terbesar di United Kingdom. Kawasan kubu dan istana ini mempunyai keluasan 12 hektar. Ia pernah mengalami beberapa siri serangan terutamanya sekitar abad ke 13 dan 14, seterusnya menjadi lemah pada penghujung abad ke 15. Sudah pasti, istana ini juga mempunyai pemandangan yang mengasyikkan di sudut – sudut yang berbeza. Untuk sampai ke sini, pelawat boleh mengambil tren dari Penarth, atau bas dari stesen bas Cardiff.

Caerphilly Castle

Caerphilly Castle

dsc00498

dsc00507

 

Castle Coch

Castle Coch bermaksud ‘istana merah’ dalam bahasa Welsh. Ia merupakan sebuah lagi tarikan yang terletak di luar bandar Cardiff. Castle Coch dibina lebih awal berbanding Caerphilly Castle, iaitu pada tahun 1081. Istana ini dibina untuk melindungi pekan Cardiff pada ketika itu. Ia terletak di dalam kawasan hutan pokok beech di kawasan Taff Gorge. Istana ini mempunyai senibina Victoria pada ruang dalam, dan rekaan bahagian luar yang begitu unik. Struktur yang ada pada masa kini merupakan binaan semula dan modifikasi daripada istana asal. Untuk melawati ruangan dalam istana ini, yuran masuk sebanyak GBP 6 dikenakan.

 

Castle Coch

Castle Coch

Garth Mountain (Garth Hill)

Lawatan saya ke Cardiff diserikan lagi dengan aktiviti hiking ke puncak Garth Mountain. Saya tidak terlintas untuk melakukan aktiviti ini maka saya tidak mengenakan kasut yang sesuai. Namun begitu, trek menuju ke puncak bukit (atau gunung bagi masyarakat tempatan) ini tidaklah begitu sukar.

Garth Mountain juga mempunyai cerita yang menarik di sebalik namanya. Melalui filem The Englishman Who Went Up a Hill But Came Down a Mountain, yang mengisahkan dua orang pembuat peta yang perlu mengukur kawasan tanah tinggi di perkampungan Ffynnon Garw dan mendapati ia kurang dari 1000 kaki untuk diklasifikasikan sebagai gunung. Ini mencetuskan kemarahan kepada penduduk Welsh di situDua orang penduduk kampung berkenaan telah berkonspirasi untuk melengahkan kepulangan kedua-dua pembuat peta ke England. Pada masa yang sama, penduduk kampung berkenaan telah membina susunan – susunan batu untuk menambah ketinggian bukit itu agar diklasifikasikan semula sebagai gunung.

Gasrth Mountain

Gasrth Mountain

dsc00542

 

St. Fagan’s National History Museum

Setelah selesai aktiviti hiking, sahabat saya membawa saya ke St. Fagan National History Museum. Muzium ini merupakan lawatan yang paling saya gemari. Tarikan dan sejarah Welsh di Cardiff dapat dihayati dan dipelajari, sekaligus menyempurnakan matlamat kunjungan saya ke Cardiff. Muzium mempamerkan struktur – struktur bangunan yang mempunyai signifikasi dalam sejarah Welsh. Bangunan-bangunan ini dipindahkan dari pelbagai lokasi sekitar Wales. Bangunan-bangunan yang dimaksudkan seperti gereja, pejabat pos, sekolah, rumah ladang, rumah kecil dan sebagainya. Bukan itu sahaja, lanskap musim luruh begitu menarik perhatian saya ketika berkunjung ke sini.
dsc00560

dsc00563

dsc00568

dsc00573

Rumah ladang Abernodwydd dari Llangadfan (Montgomeryshire)

dsc00574

Rumah ladang Kennixton yang berasal dari Glamorgan

 

 

dsc00582

Rekabentuk tipikal untuk rumah ladang Kennixton

dsc00584

Bentuk kandang khinzir yang digunakan di kebanyakan wilayah Wales pada suatu ketika dahulu.

dsc00588

Rumah ladang Bryn Eryr yang dipercayai berasal dari zaman besi

Tannery, atau tempat pemprosesan kulit haiwan

dsc00607

Rekabentuk gerai runcit di lembah perindustrian di selatan Wales

Setelah hampir 2 jam di St. Fagans National History Museum, saya dan sahabat menuju ke bandar Cardiff dan memarkir kereta di kawasan berhampiran Bute Park. Taman ini terletak bersebelahan dengan Cardiff Castle dan sangat sesuai dijadikan tempat untuk berkelah, berbasikal dan bersenam.

 

Fish and Chips ala Welsh.

Untuk makan tengahari, kami singgah di sebuah bar dan saya telah mencuba hidangan fish and chips versi Welsh. Apa yang membezakan hidangan ini di Wales dengan negara ialah hidangan sampingannya yang diperbuat daripada kacang pis, yang dipanggil pea-mash. Hari Jumaat sememangnya merupakan hari di mana kebanyakan warga Cardiff (atau warga Wales) akan menikmati hidangan ikan untuk makan tengahari. Fish and chips yang telah saya nikmati merupakan ikan trout yang segar.

dsc00611

 

 

dsc00614

 

dsc00623

 

 

Categories
Bahasa MelayuEuropeThings To Do
No Comment

Leave a Reply

*

*


Related Post