Tarikan di Patan Durbar Square

Tarikan di Patan Durbar Square picture from Flickr by Jean-Francois Gornet

Tarikan di Patan Durbar Square

Kunjungan ke Kathmandu semestinya tidak lengkap sekiranya tidak berkunjung ke Patan yang merupakan salah sebuah bandar utama dan juga salah sebuah antara tiga bandar diraja yang tercantik di Lembah Kathmandu. Dua lagi bandar yang dinobatkan sebagai bandar diraja di Lembah Kathmandu adalah Bhaktapur dan Kathmandu. Lembah Kathmandu juga telah digazetkan sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO pada tahun 1979.

Patan, yang juga dipanggil Lalitpur (dalam bahasa Sanskrit), terletak 8 km dari pusat bandar Kathmandu dan dibina di atas lapisan tanah liat di sebuah tasik yang telah kering. Pembinaan bandar Patan dilakukan pada kurun ketiga sebelum Masihi oleh Maharaja Ashoka. Patan juga dibina dengan mengambil bentuk Dharma Chakra Buddha, ataupun Roda Kebenaran, dan lebih daripada 1,200 monumen ditempatkan di sekitar bandar ini. Ia juga dikelilingi ole 4 stupa yang besar pada setiiap penjuru. Setiap monumen yang terdapat di bandar ni telah dibina oleh  Maharaja Ashoka yang berasal dari India semasa beliau mengadakan ziarah ke Lembah Kathmandu

Sudah semestinya monumen yang paling penting di Patan ialah Patan Durbar Square, yang juga merupakan sebahagian daripada Tapak Warisan Dunia UNESCO. Setiap pelawat asing perlu mendapatkan pas untuk melawat Durbar Square dan harga untuk pas tersebut ialah 500 Rupee (USD 5). Pelawat juga akan diberikan peta yang merangkumi monumen-monumen utama di sekitar Patan Durbar Square.

Tarikan di Patan Durbar Square

Patan Durbar Square, salah sebuah tapak warisan dunia UNESCO.

Melalui gambar-gambar yang dimuatnaik di internet, saya amat teruja untuk menjejakkan kaki ke sini untuk melihat sendiri keunikan warisan sejarah dunia ini. Walaupun terkesan dengan impak gempa bumi yang berlaku pada April 2015, kerosakan yang dialami di sekitar Patan Durbar Square tidaklah seteruk di Kathmandu atau Bhaktapur. Antara tarikan di Patan Durbar Square seperti Golden Temple (Hiranyavarna Mahavihara), Patan Museum, pusat kraftangan Nepal (Om Handicraft), kuil-kuil lain seperti Krishna Mandir, Jagat Narayan dan Kumbheshwor, dan juga plaza seperti Mul Chowk dan Mani Kesher Chowk

Golden Temple terletak di bahagian utara Patan Durbar Square. Ia telah dibina pada abad ke-12 oleh Raja Bhaskar Verma. Kuil ini mempunyai ukiran keemasan, 4 pintu gerbang yang besar, sebuah menara jam dan juga 2 ukiran berbentuk singa. Selain itu, di bahagian dalam kuil ini juga terdapat ukiran pada dinding, ukiran Buddha yang berwarna keemasan serta roda sembahyang.

Tarikan di Patan Durbar Square

Ukiran patung Buddha di Golden Temple

Tarikan di Patan Durbar Square

Silinder yang diputarkan untuk tujuan sembahyang di Golden Temple

Setiap tarikan di Patan Durbar Square ini mempunyai sejarah yang tersendiri. Setiap binaan atau kuil yang menjadi tarikan di Patan Durbar Square ini juga mempunyai fungsi dan peranan yang tertentu pada masa lalu. Sebagai contoh, Kuil Krishna dibina daripada batuan berwarna merah pada sekitar abad ke-17 yang didedikasikan untuk dewa Hindu yang bernama Krishna. Dikatakan kuil ini merupakan yang pertama yang dibina mengikut senibina Shikara. Kuil ini antara kuil yang terpenting di Dataran Durbar Patan ini

 

Kuil Kumbheshwor pula merupakan sebuah kuil yang berbentuk seperti pagoda yang didedikasikan untuk dewa Siva. Ia telah dibina oleh Raja Jayasthiti Malla. Dikatakan di dalam kuil ini terdapat mata air yang berpunca dari tasik glasier. Apabila tiba festival yang dinamakan Janai Purnimaupacara mandi ritual akan diadakan di kuil ini pada hari tertentu mengikut kalendar Hindu.

Tarikan di Patan Durbar Square

Antara bangunan dan monumen yang tidak begitu terjejas dek gempa bumi

Tarikan di Patan Durbar Square

Dari kiri : Kuil Krishna Mandir, Garuda Tower dan Kuil Bhimsen

Tarikan di Patan Durbar Square

Kuil Chyasim Deval dan loceng besar

Tarikan di Patan Durbar Square

Tarikan di Patan Durbar Square

Selain struktur bangunan dan kuil, objek-objek keagamaan dan monumen-monumen mempunyai ukiran-ukiran yang begitu menarik. Gerbang-gerbang yang diperbuat daripada tembaga juga memperlihatkan keunggulan dan kepentingan agama Buddha menjadikan ia antara tarikan di Patan Durbar Square yang mesti dilihat oleh setiap pengunjung.

Semasa membuat rujukan mengenai tarikan di Patan Durbar Square dan juga di sekitar negara Nepal, saya terbaca mengenai salah satu objek kraftangan Nepal yang dipanggil singing bowl. Pada mulanya saya tidak begitu pasti bagaimana sebuah mangkuk yang diperbuat daripada logam boleh mengeluarkan “lagu” tetapi dengan pembacaan seterusnya, “lagu” yang dimaksudkan itu sebenarnya gelombang bunyi yang dihasilkan apabila mangkuk itu dipukul dengan alunya. Singing bowl ini dicipta oleh masyarakat Tibet purba yang menggunakan alat ini untuk bermeditasi. Sudah semestinya saya tidak dapat membayangkan bagaimana objek ini boleh memberi kesan ketika bermeditasi, sehinggalah saya singgah di Om Handicraft untuk melihat sendiri dan ‘merasai’ sendiri kesan dari singing bowl ini. Penggunaan singing bowl ini bukanlah untuk merawat, tetapi lebih kepada mengimbangkan frekuensi dan tenaga dalam badan seseorang. Saya percaya pasti ada fakta dan teori sains yang boleh menerangkan bagaimana gelombang yang dihasilkan boleh dijadikan terapi minda dan fizikal.

Tarikan di Patan Durbar Square

“Singing bowl”, mangkuk yang diperbuat dari aloi, yang digunakan dalam meditasi atau oleh masyarakat Tibet (Foto kredit : http://whereisfatboy.blogspot.my)

Selain singing bowl ini, pengunjung boleh membeli hasil kerja tangan lain yang diperbuat daripada logam, ukiran-ukiran kayu dan juga lukisan tradisional yang dikenali sebagai thankaRata-rata thanka yang telah saya lihat dilukis dan diwarnakan berdasarkan konsep agama Buddha, yang berorientasikan segala yang berkaitan dengan agama Buddha. Lukisan dan warna yang dipersembahkan begitu halus sekali. Harga yang ditawarkan bergantung kepada saiz, warna dan rekabentuk.

Tarikan di Patan Durbar Square

Antara rekabentuk lukisan thanka yang berkonsepkan Dharma Chakra

Sebelum meninggalkan Patan Durbar Square, saya singgah di beberapa kedai yang berdekatan dengan Patan Durbar Square untuk membeli cenderamata untuk dibawa pulang. Sebetulnya, banyak lagi informasi yang boleh saya dapatkan dan beberapa lagi tarikan di Patan Durbar Square yang boleh saya lihat tetapi memandangkan masa yang singkat dan cuaca yang agak panas, saya tidak dapat meneruskan lawatan. Bagi yang akan ke Nepal dan ingin melawat Patan Durbar Square, saya cadangkan agar menggunakan khidmat pemandu pelancong terutamanya penduduk tempatan aygn betul-betul arif mengenai kawasan bersejarah ini.

 

Categories
Asia
No Comment

Leave a Reply

*

*


Related Post

  • Keindahan Alam di Jawa Timur

    Keindahan Alam di Jawa Timur

    Impian untuk menikmati keindahan alam di Jawa Timur akhirnya menjadi kenyataan setelah mendarat di Bandara Juanda, Surabaya. Setelah melepasi kawalan imigresen dan kastam, saya bertemu dengan sahabat saya yang akan...
  • Warisan Alam Semulajadi di Jeju Island

    Warisan Alam Semulajadi di Jeju Island

    Pengembaraan ke Korea Selatan, terutamanya ke Jeju Island membuatkan saya ingin sekali berkongsi beberapa  tempat menarik yang berkisarkan alam semulajadi. Jeju Island pastinya menjadi antara destinasi pilihan bagi mereka yang lebih gemar...
  • Lawatan Sehari ke Great Ocean Road Melbourne Australia

    Lawatan Sehari ke Great Ocean Road Melbourne Australia

    Perancangan untuk merasai dan melihat sendiri keindahan di Great Ocean Road Melbourne Australia akhirnya tercapai juga semasa percutian musim panas ke Tasmania dan Victoria, Australia. Sebelum dijemput oleh pemandu...
  • touristfavouritemallsofbangkok_fromflickrby_honou

    Tourist Favourite Malls of Bangkok

    Bangkok, Thailand is a metropolis bursting at the seams with rich heritage and culture mixed in a melting pot of modernization and growth. The city is a popular spot...