Teluk Cempedak Belon City

version1_tc_balloon_brochure_back_j13-02044

 Masa untuk bersantai bersama keluarga ke Negeri Pahang Darul Makmur, di Teluk Cempedak Belon City, Kuantan. Salah satu tempat yang telah banyak perubahannya dahulu hanya hutan-hutan dan sekarang telah banyak pembangunan yang amat pesat membangun. Teluk Cempedak juga dikenali dengan nama pendek yang amat terkenal di Kuantan sebagai TC  yang mudah kita semua kenalinya di Kuantan, Pahang. Setibanya di Teluk Cempedak kita akan terpanggil dengan deruan ombak pantai yang sememangnya amat terkenal dari dulu hingga kini. Bukan hanya sekadar ke pantai untuk mandi manda dan bermain ombak, kini terdapat satu tempat permainan yang diberi nama Teluk Cempedak Belon City ( tc balloon city)tempat yang agak besar untuk kita kunjungi bersama-sama keluarga dan juga sahabat handai. Ianya berdekatan dengan pantai Teluk Cempedak dan tidak jauh dari pusat Bandar Kuantan lebih hanya lebih kurang 5 km sahaja.

Teluk Cempedak Belon City ( tc balloon city), ini telah pun dibuka 1 tahun setengah yang lalu dan memulakan operasinya setiap hari Isnin hingga Jumaat jam 5 petang sehingga jam 1.30 pagi, bagi setiap hari  sabtu, ahad dan hari cuti pula dibuka jam 2 petang sehingga jam 2 pagi. Setiap permainan dikenakan bayaran yang berpatutan. Bagi permainan untuk kanak-kanak dikenakan bayaran sebanyak rm5.00 seorang sekali masuk tanpa had dan masa. Kawasan permainan untuk kanak-kanak ini berkeluasan 4000 kaki persegi dan menyediakan pelbagai jenis permainan yang lebih kepada belon-belon untuk kanak-kanak yang berusia 1 hingga 12 tahun. Selain itu di Teluk Cempedak Belon City ( tc balloon city) ini juga ada menyediakan permainan mini ATV (moto bersaiz kecil) khas untuk kanak-kanak yang berusia 4 tahun dan ke atas ianya menggunakan kuasa elektrik yang dilengkapi dengan sistem keselamatan yang terjamin selamat untuk  kanak-kanak, bayaran yang dikenakan hanya rm5.00. Permainan ini di adakan di dalam kawasan litar yang disediakan, mini ATV ini hanya terdapat satu-satu di Teluk Cempedak sahaja.      

Selain permainan untuk kanak-kanak, terdapat juga permainan yang disediakan untuk orang dewasa, seperti ibubapa juga boleh bersama-sama beraktiviti dengan bermoto bersama keluarga, iaitu ATV (moto bersaiz besar) juga ada disediakan bagi membolehkan ibubapa turut serta bersama dengan anak-anak. ATV (moto bersaiz besar) ini berkuasa tinggi 125cc dan ia menggunakan kuasa petrol. Bayaran juga dikena bagi ATV ini hanya RM10.00 sahaja.

Banyak lagi permainan-permainan yang menarik disediakan oleh Teluk Cempedak Belon City ( tc balloon city) ini. Bagi yang sukakan permainan sukan penembak disediakan sukan paintball yang mana pengunjung boleh mencuba gaya penembak yang hebat dengan kehebatan masing-masing, bayaran bagi sukan paintball ini dikenakan sebanyak rm5.00 untuk 20 biji peluru. Pihak penganjur menyediakan hadiah kepada penembak yang berjaya mengena pada target yang di tetapkan. Selain dari target shooting, juga disediakan tapak untuk senario game bagi yang suka bermain di padang,  yang berkeluasan 11, 000 kaki persegi. Permainan ini lebih sesuai bermain secara berkumpulan bersama keluarga atau sahabat handai bagi mengeratkan silaturahim, bayaran bagi berkumpulan serendah rm30.00 hingga rm80.00 setiap permainan tersebut.

Di sepanjang perjalanan ke Teluk Cempedak terdapat juga hotel-hotel dan juga chalet-chalet yang berdekatan  dengan Teluk Cempedak tersebut bagi memudahkan untuk kita menginap ditempat yang bersesuai disana. Pengangkutan untuk ke Teluk Cempedak tidak mempunyai masalah. Dengan menggunakan kereta atau dengan mengunakan pengangkutan awam yang sememang ada disediakankan kesana.

Jadual beroperasi
Hari Jam
Isnin – Jumaat 5pm – 1:30am
Sabtu & Ahad dan Cuti Umum 2pm – 2am

 

Jadual Masuk Dan Permainan
Permainan RM
Balloon City 5.00
Mini ATV (Kanan-Kanak) 5.00
ATV (Dewasa) 10.00
Paintball (200 biji Peluru) 5.00
Paintball (berkumpulan) 30.00 – 80.00

 

 


Categories
Things To Do
No Comment

Leave a Reply

*

*

Related Post