Warisan Alam Semulajadi di Jeju Island

Warisan Alam Semulajadi di Jeju Island

Pengembaraan ke Korea Selatan, terutamanya ke Jeju Island membuatkan saya ingin sekali berkongsi beberapa  tempat menarik yang berkisarkan alam semulajadi. Jeju Island pastinya menjadi antara destinasi pilihan bagi mereka yang lebih gemar untuk menghayati khazanah alam, berbanding bandar-bandar besar. Beberapa warisan alam semulajadi di Jeju Island telah dinobatkan sebagai tapak warisan dunia UNESCO di bawah kategori alam semulajadi dan ini membuatkan saya sangat teruja untuk melihat khazanah alam yang ada.

Tapak Warisan Dunia UNESCO

Beberapa tarikan yang menjadi warisan alam semulajadi di Jeju Island ini merupakan sekumpulan  struktur yang telah digazetkan sebagai tapak warisan dunia UNESCO pada tahun 2007. Seongsan Ilchulbong, Geomunoreum dan Gunung Halla tiga tapak warisan yang disatukan di bawah Jeju Volcanic Island and Lava Tube . Ketiga-tiga tapak ini membentuk kawasan seluas hampir 19,000 hektar dan kewujudannya berkaitan dengan aktiviti gunung berapi yang berlaku ribuan tahun dahulu. Ketiga-tiga warisan alam semulajadi di Jeju Island ini lebih mudah diakses dari Jeju City berbanding Seogwipo. 

Seongsan Ilchulbong

Seongsan Ilchulbong, atau Sunrise Peak merupakan struktur berbentuk kon yang terhasil daripada letusan gunung berapi di dasar laut yang cetek ribuan tahun yang lalu. Proses pemampatan debu gunung berapi menghasilkan batuan poros yang membentuk struktur kon dan mempunyai ketinggian 180 meter. Ia juga mempunyai kawah berbentuk mangkuk dan sangat menarik jika dilihat dari udara.

Bayaran masuk untuk melihat Seongsan Ilchulbong adalah KRW 2000 dan pengunjung boleh menaiki tangga untuk ke puncak kon dan melihat kawah gunung berapi ini. Selain itu, Seongsan Ilchulbong boleh dilihat dari pantai di sekitar untuk melihat pandangan sisi struktur ini yang menarik.

Alang-alang sudah tiba di Seongsan Ilchulbong, elok juga sekiranya para pengunjung turun ke kaki bukit menuju ke pantai untuk melihat persembahan unik di sini, yang mana wanita-wanita akan membuat persembahan menyelam (tanpa peralatan skuba) dan menangkap hasil laut di sini seperti sotong kurita, abalon dan jenis-jenis siput yang boleh dimakan. Kumpulan wanita ini dinamakan Haenyeo dan kebanyakan Haenyeo yang saya lihat agak berusia dan tidak ternampak pula wanita-wanita muda di sini. Hasil kutipan dari Haenyeo ini boleh dinikmati oleh pengunjung di restoran kecil di pantai yang sama. Semua hasil laut direbus dan dihidangkan dengan beberapa jenis sos dan rumpai laut. Walaupun harga hidangan agak mahal tetapi ia sangat berbaloi.

Warisan Alam Semulajadi di Jeju Island - Seongsan Ilchulbong

Seongsan Ilchulbong, atau Sunrise Peak dilihat dari kawasan kedai jualan

Warisan Alam Semulajadi di Jeju Island - Seongsan Ilchulbong

Laluan ke puncak dan kawah Seongsan Ilchulbong

Warisan Alam Semulajadi di Jeju Island - Tapak Warisan Dunia UNESCO

Seongsan Ilchulbong sebagai tapak warisan dunia UNESCO

Haenyeo Seongsan

Pantai di mana persembahan Haenyeo diadakan dan restoran yang menghidangkan hasil laut yang segar

Warisan Alam Semulajadi di Jeju Island - Sunrise Peak

Pemandangan Sunrise Peak dari pantai berhampiran

Geomun Oreum Lava Tube

Satu lagi warisan alam semulajadi di Jeju Island yang sangat unik dan menarik ialah Gemun Oreum. Geomun Oreum merupakan jaringan tiub lava yang terhasil daripada aktiviti gunung berapi, membentuk laluan menuju ke persisiran pantaiJaringan tiub ini mempunyai sekurang-kurangnya 8 buah gua berasingan yang pernah terisi dengan lava dan pecahan-pecahan dari rekahan gunung berapi. Antara gua yang terkenal seperti Manjanggul Cave dan Gimnyeonggul Cave. Struktur yang terbentuk hasil daripada lava termasuklah stalagmit dan stalaktit, coralloid, tiang lava dan lain-lain lagi, menjadikan tiub ini mempunyai lanskap yang menarik.

Jaringan tiub lava ini terbentuk sekitar 200 – 300 juta tahun yang lalu. Memandangkan tiub ini mempunyai signifikasi terhadap kajian pembentukan gunung berapi dan sistem-sistem yang berkaitan dengannya, Geomun Oreum telah digazetkan sebagai sebahagian daripada tapak warisan dunia UNESCO. Bayaran masuk ke Manjanggul Cave ini ialah KRW 2000.

Warisan Alam Semulajadi di Jeju Island - Manjanggul Cave

(Kredit Foto : Adbatiste)

(Kredit Foto : Un Voyage Extraordinaire)

Mount Halla

Bagi penggemar aktiviti hiking atau ingin merasakan pengalaman menaiki gunung, Mount Halla, atau dikenali juga sebagai Hallasan, merupakan sebuah lagi warisan alam semulajadi di Jeju Island yang sengat mempesonakan. Mount Halla merupakan gunung tertinggi di Korea Selatan dan menjadi lambang kemegahan Jeju Island ini. Sebenarnya, gunung ini mempunyai beberapa nama yang lain seperti Yeongjusan, Dumuak, Buak dan lain-lain. Nama-nama ini menunjukkan signifikasi gunung ini kepada penduduk-penduduk Jeju Island

Untuk ke puncak Mount Halla, dua trek yang boleh dipilih iaitu trek Gwaneumsa dan trek Seongpanak, manakala tiga lagi trek iaitu Eurimok, Yeongsil dan Donnaeko hanya membawa para pelawat sehingga ke pertengahan perjalanan ke puncak Mount Halla, atau Witse Oreum.

Para pengunjung juga boleh memilih untuk berkhemah ni kawasan-kawasan tertentu yang mempunyai kemudahan-kemudahan dengan bayaran yang berpatutan.

14681306432_8c59eed980_k

(Kredit foto : Eric Hevesy)

14773612391_cff0f3f121_k

(Kredit foto : Eric Hevesy

Tempat-tempat tumpuan pelancong

Seopjikoji

Seopjikoji merupakan sebuah tanjung yang terletak di bahagian pantai timur Jeju Island. Ia menjadi tarikan pelancong disebabkan lansdkap denga rumput menghijau dan terdapat sebuah rumah api yang menjadikan tanjung ini begitu menarik. Ia dikatakan antara tempat yang tercantik di Jeju Island dan sesuai bagi mereka yang ingin merehatkan badan dan minda. Di sini, pelawat-pelawat juga boleh berjalan-jalan sambil merasai bayu laut yang amat menyegarkan. Sudah pastinya setiap peminat fotografi tidak patut melepaskan peluang untuk mengaplikasikan kemahiran fotografi di tempat yang begitu indah ini. Selain itu, bagi peminat drama Korea, Seopjikoji menjadi salah satu tempat pengfileman drama yang bertajuk “All In”.

Seopjikoji lebih hampir dengan bandar Seogwipo dan pelawat boleh mengambil bas dari sini. Tidak ada sebarang yuran masuk dikenakan, kecuali di sebuah rumah yang menjadi lokasi pengfileman drama “All In”

Seopjikoji

Pemandangan di Seopjikoji

Seopjikoji

Sebuah tanjung yang kerap menjadi lokasi penggambaran drama-drama Korea

Seopjikoji

Sangumburi Crater

Sangumburi Crater merupakan sebuah kawah gunung berapi yang terletak di tenggara Jeju Island. Walaupun bukan merupakan sebahagian daripada tapak warisan dunia UNESCO, kawah ini telah digazetkan sebagai Natural Monument oleh kerajaan Korea Selatan pada tahun 1979.

Kawah ini kempunyai kedalaman 100 meter dan berdiameter sepanjang 650 meter. telah dilitupi dengan pelbagai jenis tumbuhan dan menariknya, sepanjang laluan ke kawah, sejenis tumbuhan yang dikenali sebagai pampas grass memenuhi kawasan ini. Tumbuh-tumbuhan yang ada di sini budak sahaja menjadi perhatian penggemar pencinta alam, malah turut menjadi tapak kajian untuk para penyelidik tumbuhan. Kawasan di sekitar kawah ini juga telah dijadikan tapak pengfileman beberapa drama Korea.

Bayaran masuk ke kawah ini ialah KRW 6000 dan di sini terdapat kedai cenderamata, restoran dan gerai-gerai yang menjual makanan ringan. Kawah ini lebih mudah diakses dari bandar Seogwipo.

Sangumburi Crater

Pampas grass yang menjadikan lanskap di kawasan kawah ini menarik

Sangumburi Crater

dsc_1280

Pampas grass

Sangumburi Crater

Sangumburi Crater

Pemandangan di sekitar Sangumburi

Sangumburi Crater

Cheonjiyeon Waterfall

Selain gunung, tiub lava dan kawah, Jeju Island juga mempunyai beberapa air terjun yang menjadi tumpuan pelancong. Antara air terjun yang terkenal ialah Cheonjiyeon Waterfall, yang terletak berhampiran dengan pelabuhan Seogwipo.

Air terjun ini bukan sahaja dilawati pada waktu siang, malah ia dibuka pada waktu malam dan mempamerkan pemandangan yang sangat romantik. Waktu malam juga merupakan waktu yang sesuai untuk melihat struktur ‘wajah manusia’ yang tersembunyi, yang sukar dikesan pada waktu siang.

Bayaran masuk untuk ke Cheonjiyeon Waterfall ialah KRW2000.

 

Cheonjiyeon Waterfall at Seogwipo

dsc_1227

 

Terdapat banyak lagi warisan alam semulajadi di Jeju Island ini. Namun, memandangkan masa yang tidak begitu mengizinkan, tidak semua tempat yang dapat saya kunjungi. Namun begitu, saya merasakan Jeju Island merupakan pulau yang unik, yang diharus dilawati sekiranya ke Korea Selatan.

Categories
AsiaBahasa Melayu
No Comment

Leave a Reply

*

*

Related Post

  • Yang Menarik di Sekitar Bandar Liverpool

    Yang Menarik di Sekitar Bandar Liverpool

    Liverpool, sebuah bandar di England yang pastinya menjadi impian setiap peminat pasukan bolasepak Liverpool untuk bertandang ke sini. Namun begitu, saya bukanlah seorang peminat bolasepak dan saya sendiri tidak...
  • Tarikan Dan Sejarah Welsh Di Cardiff

    Tarikan Dan Sejarah Welsh Di Cardiff

    Cardiff merupakan ibu negara Wales yang pada saya mempunyai suasana yang berbeza berbanding bandar-bandar lain di United Kingdom. Selain daripada tarikan yang ada di Cardiff, saya juga berpeluang mempelajari...
  • Mencari Damai di Pulau Mauritius

    Mencari Damai di Pulau Mauritius

    Penerbangan selama 7 jam dengan AirAsia X telah membawa kami ke Mauritius, sebuah pulau yang sangat indah dan menjadi destinasi impian kami sejak sekian lama. Tujuan utama kami adalah...
  • Itinerari 3 hari di kota London

    Itinerari 3 hari di kota London

    Ibukota London yang menjadi pusat pentadbiran utama England, telah menjadi destinasi pilihan utama bagi kebanyakan pelancong dari serata dunia. Pengalaman saya semasa berada di London pada pertengahan musim luruh...